Program Jom Masuk U Mulakan Siri Jelajah Ke 10 Zon Seluruh Negara

Program Jom Masuk U Mulakan Siri Jelajah Ke 10 Zon Seluruh Negara
English translation not available for this content.

Program Jom Masuk U 2024 (JMU2024) memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula hari ini hingga 9 Jun 2024 dengan majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.

Penganjuran JMU2024 ini bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Sebanyak 60 pempamer turut menyertai program JMU2024 di Zon Tengah 1 ini dengan perkhidmatan konsultasi diberikan. JMU2024 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM); Matrikulasi; Asasi; Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); dan Diploma/Setaraf.

Sepanjang program JMU2024, calon-calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf turut boleh memohon dan mengemaskini permohonan UPUOnline yang dibuka pada permohonan Fasa 2 mulai 29 April 2024 (12.00 tengah hari) hingga 9 Jun 2024 (5.00 petang).

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; serta pengurusan tertinggi KPT dan UiTM. 

  • Last updated on .
  • Hits: 670
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.