Program Asean (Malaysia)-China Higher Education Forum Bersempena Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Tahun 2024

Program Asean (Malaysia)-China Higher Education Forum Bersempena Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China Tahun 2024
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud hadir berucap sempena Program ASEAN (Malaysia) - China Higher Education Forum di sini pagi tadi.

Program kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan ASEAN (Malaysia)-China Center (ACC) bersempena Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China tahun ini merupakan peristiwa penting bagi persahabatan dan kerjasama yang erat antara kedua-dua negara.

Bertujuan memupuk kerjasama dan perkongsian yang lebih erat dalam pendidikan tinggi, forum ini juga menghimpunkan tokoh- tokoh terkemuka daripada kalangan akademia dan kerajaan untuk membincangkan isu-isu utama dan peluang-peluang dalam kerjasama pendidikan tinggi.

YB Timbalan Menteri dalam ucapannya berkata bahawa Malaysia sangat mengalu-alukan pelajar dari

Republik China yang setakat ini terdapat 40,000 pelajar dan berharap akan bertambah.

Dalam pada itu, Kementerian juga berharap lebih banyak peluang bagi pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di negara itu, tambahnya.

Forum yang berlangsung selama satu hari ini julung kali dianjurkan secara kerjasama di antara Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, Education Malaysia Beijing dan ASEAN China Center dirasmikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi bersama-sama dengan YB Wong Kah Woh, Timbalan Menteri Pendidikan, dan turut diserikan oleh kehadiran Setiausaha Agung ASEAN China Center, Shi Zhongjun dan Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing.

Ia dihadiri oleh 400 orang peserta daripada 50 Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia, 53 Institusi Pendidikan Tinggi dari Negara China, wakil-wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, jabatan dan agensi serta kedutaan. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1198
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.