PROF. DR. ZAHRILADHA ZAKARIA DILANTIK TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UTeM YANG BAHARU

PROF. DR. ZAHRILADHA ZAKARIA DILANTIK TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) UTeM YANG BAHARU
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan surat pelantikan kepada Prof. Dr. Zahriladha Zakaria sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) untuk tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 17 Mac 2025 di pejabatnya petang tadi.

Prof. Dr. Zahriladha merupakan Profesor Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Elektronik dan Komputer, UTeM memiliki kelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari University of Leeds, United Kingdom (2010).

Pelantikan beliau sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTeM dilihat mampu untuk meneruskan kecemerlangan tadbir urus dan perancangan ekosistem penyelidikan, pembangunan inovasi, pengkomersilan dan ekonomi (RDICE) di UTeM dalam menyediakan produk dan perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat menerusi eksplorasi ilmu.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Last updated on .
  • Hits: 432
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 15 July 2025, 07:22:36.

sirim-logo