Prof. Dr. Azlinda Azman Teraju Baharu JPT Perkasa Institusi Pendidikan Tinggi Negara

Prof. Dr. Azlinda Azman Teraju Baharu JPT Perkasa Institusi Pendidikan Tinggi Negara
English translation not available for this content.

Pagi tadi Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyerahkan watikah pelantikan kepada YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Jabatan Pendidikan Tinggi yang baharu.

Pelantikan YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, 55, yang merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sains Malaysia (USM) itu adalah menggantikan YBhg. Dato' Dr. Husaini Omar yang telah bersara pada 10 Mac lalu.

Penyerahan watikah yang berlangsung di pejabat Menteri Pendidikan Tinggi itu turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar.

YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial) USM sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Grand Rapids, Michigan dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang yang sama di New York University (NYU), Amerika Syarikat.

Dalam sesi tersebut, YB Menteri Pendidikan Tinggi telah menitipkan amanat kepada KPPT baharu untuk meneruskan iltizam Kementerian dalam memperkasakan mahasiswa holistik selain memperhebatkan fungsi institusi pendidikan tinggi negara agar menjadi sektor terpenting, tersohor dan terbaik di Malaysia.

Sekalung tahniah dan selamat bertugas.

  • Last updated on .
  • Hits: 3442
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo