Prinsip Kepimpinan Dalam Sistem Pertahanan Negara Fokus Utama Bicara Kenegaraan KPT 2023

Prinsip Kepimpinan Dalam Sistem Pertahanan Negara Fokus Utama Bicara Kenegaraan KPT 2023
English translation not available for this content.

AKEPT dengan kerjasama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menganjurkan program Bicara Kenegaraan 2023 yang bertemakan ‘Prinsip Kepimpinan Dalam Sistem Pertahanan Negara’ pada 17 Ogos 2023 yang lalu di Dewan Za’ba, KPT.

Program ini telah dihadiri seramai 148 orang peserta daripada kalangan universiti awam, institut pendidikan tinggi swasta (IPTS), politeknik, kolej komuniti serta warga kerja KPT.

Bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara dalam suasana meraikan Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 ini, Program Bicara Kenegaraan kali ini telah mengetengahkan aspek kepimpinan dalam sistem pertahanan negara, serta bagaimana untuk menerapkan sentimen tersebut dalam kehidupan seharian, selain meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta.

Program ini juga merupakan salah satu usaha untuk membuka minda dari sudut orang awam dalam memberikan sumbangan kepada negara dan komuniti masing-masing.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT.

Bicara Kenegaraan pada kali ini telah disampaikan oleh Brigedier Jeneral Haji Shauari Mat Piah, Komandan (Akademi Tentera Darat); YBhg. Komisioner Polis Datuk Ts. Ahmad Ramdzan Daud, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I (Polis Diraja Malaysia); YBrs. Prof. Dr. Mohd Mizan Mohammad Aslam, Pensyarah Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan, UPNM; dan dikendalikan oleh moderator, YBrs. Kol. Dr. Haji Zahimi Haji Zainol Abidin, Pengarah Kepimpinan dan Pembangunan Profesional, UPNM.

  • Last updated on .
  • Hits: 2808
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 06 December 2024, 10:19:49.

sirim-logo