#PMR2025PERAK: MADANI Berselawat Penutup Tirai Hari Pertama PMR 2025 Perak

Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 peringkat Negeri Perak menutup tirai pada hari pertama dengan membawakan Program MADANI Berselawat. Majlis ini diadakan selepas solat Maghrib dan dimulai dengan alunan qasidah serta selawat oleh Kumpulan Qasidah Fathul Qarib, dan diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Far East.
Malam MADANI Berselawat ini turut dimeriahkan dengan ceramah oleh pendakwah terkenal, Ustaz Nabil Ahmad.
Selain itu, majlis ini turut diselitkan dengan bacaan doa untuk 15 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam tragedi kemalangan bas di Lebuh Raya Timur-Barat, Isnin lalu.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md Amir dan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Fazli Said.
- Last updated on .
- Hits: 100