Perasmikan Pusat Latihan Inkubator Keusahawanan dan Pelancaran Produk Roszie Sanitizer Kolej Komuniti Baling sempena lawatan kerja ke Kolej Komuniti Baling

English translation not available for this content.

YB Dato’ Dr. Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan Pusat Latihan Inkubator Keusahawanan dan melancarkan Produk Roszie Sanitizer Kolej Komuniti Baling sempena lawatan kerja ke Kolej Komuniti Baling hari ini.

Turut diadakan sesi penyampaian nota kolaborasi kepada 5 industri yang akan bertindak sebagai pakar rujuk dalam membantu penyediaan dan pembangunan Kurikulum TVETPRENEUR, PdP Keusahawanan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Selesai majlis tersebut, YB Timbalan Menteri di bawa melawat sekitar kolej komuniti antaranya Pusat Inkubator Keusahawanan dan pameran hasil produk pelajar komuniti sendiri.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Mohd. Rashahidi@Rusdi Mohamood, Pengarah Kanan Akademik, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan YBrs. Puan Sobah Abdul Hamid, Pengarah Kolej Komuniti Baling.

  • Last updated on .
  • Hits: 5968
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 21 May 2024, 15:10:04.