Perasmian Webinar Perancangan Strategik (WPS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2021

English translation not available for this content.

Hari ini YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan Ucapan Hala Tuju Strategik sekaligus merasmikan Webinar Perancangan Strategik (WPS) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tahun 2021. WPS KPT 2021 berlangsung selama 3 hari iaitu pada 15, 16 & 18 Februari 2021 sebagai platform untuk menganalisis pencapaian pada tahun lepas dengan melihat kepada isu dan cabaran serta langkah penambahbaikan bagi memperbaiki prestasi masa depan.

WPS KPT 2021 juga merupakan saluran pengurusan KPT berwacana bagi memeta hala tuju baharu KPT supaya sejajar dengan aspirasi semasa. Di samping itu, fokus WPS adalah bagi menghasilkan program-program bitara berimpak tinggi yang mampu menganjak imej KPT menjadi sebuah kementerian yang cemerlang, ulung dan disegani.

Seramai hampir 100 orang pegawai kanan KPT menghadiri WPS KPT 2021 yang dilaksanakan mengikut norma baharu secara dalam talian. Sesi ini akan bersambung pada hari Khamis, 18 Februari 2021 dengan pembentangan cadangan program bitara tahun 2021 mengikut 8 kumpulan bidang teras iaitu:

  1. TVET;
  2. Mahasiswa Holistik;
  3. Tadbir Urus;
  4. Kemampanan Kewangan;
  5. Pengurusan Bakat;
  6. Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersilan dan Inovasi;
  7. Pengantarabangsaan; dan
  8. Kecemerlangan Akademik.
  • Last updated on .
  • Hits: 10674
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 17 May 2024, 15:30:11.