Pemimpin Mahasiswa Perlu Pertingkat Kolaborasi, Jadi Agen Perubahan Dalam Masyarakat

Pemimpin Mahasiswa Perlu Pertingkat Kolaborasi, Jadi Agen Perubahan Dalam Masyarakat
English translation not available for this content.

Pemimpin mahasiswa perlu pertingkat kolaborasi antara gerakan mahasiswa lain dengan menggembleng tenaga untuk menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Jelas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud, pemimpin mahasiswa ini perlu menjadi agen perubahan kepada masyarakat dengan memanfaatkan idea serta tenaga mereka untuk membantu masyarakat setempat.

“Kita lihat contoh YAB PM, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dahulu ketika zaman remajanya, beliau telah memberikan kelas tuisyen dan motivasi percuma kepada pelajar miskin di kawasan setempat.

Sifat kepimpinan dan semangat juang begini yang kita mahu pemimpin pelajar lakukan dengan menyumbang idea, tenaga untuk memanfaatkan masyarakat,” jelasnya ketika berucap di Program Wacana Pemerkasaan Siswa: Kemakmuran dan Sinergi Serantau 2024 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Program yang dianjurkan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Sabah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS itu melibatkan 150 peserta daripada lapan IPT sekitar Sabah.

Tambah Datuk Ts. Mustapha, mahasiswa adalah aset negara yang cukup signifikan dan menjadi titik kritikal dalam menentukan masa hadapan negara.

Tambahnya, pembabitan dan sumbangan mereka amat ditagih dalam memacu pembangunan negara.

Usaha-usaha murni sebegini katanya amat penting untuk mempersiapkan mereka menjadi pemimpin yang berkaliber kelak dengan menyantuni masyarakat serta memberi khidmat kepada rakyat. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1008
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 07 February 2025, 10:01:10.

sirim-logo