Muhammad Aqasha Muqris Zainuri, Rangkul Anugerah Ikon Siswa UMT 2024

Muhammad Aqasha Muqris Zainuri, Rangkul Anugerah Ikon Siswa UMT 2024
English translation not available for this content.

Masih lagi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang malam tadi telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang anugerah Majlis Anugerah Ikon Siswa (AIS) 2024.

Bertemakan "Mengiktiraf Bakat, Mencarta Keunggulan", kategori utama iaitu Anugerah Ikon Siswa UMT 2024 telah dirangkul oleh Muhammad Aqasha Mukris Zainuri atas kepimpinan dan penglibatan aktif beliau, termasuk dalam Global Student Leadership Summit di Turki.

Sebanyak 16 anugerah dipertandingkan merangkumi lima kluster utama: Kepimpinan Pelajar, Pembangunan Sosial, Kesukarelawanan, Akademik, dan Khas Pasukan.

Majlis ini turut menyaksikan pelancaran Modul Bakat Bingkas dan Garis Panduan Program Mikro Kredit Siswa (PEMERKASA) bagi memupuk kepimpinan dan keusahawanan mahasiswa.

Program ini mendapat penajaan daripada Yayasan Perkasa Siswa dan Pamin Construction Sdn. Bhd., dengan harapan agar terus menginspirasi mahasiswa mencapai kecemerlangan di pelbagai bidang.

Hadir sama Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim. 

  • Last updated on .
  • Hits: 292
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 12 February 2025, 10:29:14.

sirim-logo