Mesyuarat Pasukan Petugas Khas National Education (STF NE) Majlis Pekerjaan Negara (NEC) Bil.1/2020

English translation not available for this content.

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas National Education (STF NE) Majlis Pekerjaan Negara (NEC) Bil.1/2020 secara dalam talian hari ini. Fungsi utama Pasukan Petugas Khas National Education ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti isu dan merangka strategi serta inisiatif untuk meningkatkan kadar kebolehpasaran dan peluang pekerjaan bagi graduan dan lepasan sekolah; melakar strategi bagi mengurangkan ‘missmatch’ atau ketidakpadanan kemahiran graduan dan lepasan sekolah dengan permintaan industri; dan mengenalpasti laluan kerjaya alternatif untuk lepasan sekolah dan mengukuhkan kolaborasi antara industri dan akademia. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.

  • Last updated on .
  • Hits: 3704
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 27 May 2024, 18:16:03.