Menteri, KSU ‘Rewang’ Bubur Pedas Bersama Warga UNIMAS

Menteri, KSU ‘Rewang’ Bubur Pedas Bersama Warga UNIMAS
English translation not available for this content.

Program Semarak Kampus MADANI yang berlangsung di Zon Sarawak turut mengetengahkan beberapa aktiviti dengan penglibatan ramai pemegang taruh kementerian.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir turut berkesempatan untuk menyertai aktiviti rewang menyediakan bubur pedas yang merupakan makanan tradisi di negeri Sarawak.

Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang turut bersama YB Menteri mengacau bubur pedas bersama pelajar-pelajar serta warga UNIMAS yang lain.

Sebanyak dua kawah bubur pedas disediakan untuk diagih kepada warga dan pengurusan KPT yang lain.

Aktiviti memasak secara bergotong royong ini merupakan dilihat dapat mengeratkan hubungan antara kepimpinan tertinggi kementerian serta warga yang lain.

Acara turut menarik minat beberapa pelajar antarabangsa yang nyata teruja merasai pengalaman rewang menyediakan juadah tradisi ini. 

  • Last updated on .
  • Hits: 788
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.