Malaysia – Uzbekistan Teroka Kerjasama Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

Malaysia – Uzbekistan Teroka Kerjasama Dalam Bidang Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Inovasi Republik Uzbekistan, H.E. Mr. Otabek Makhkamov pada pagi ini.

Antara topik yang dibincangkan semasa kunjungan hormat ini adalah Forum Pendidikan Tinggi Malaysia - Uzbekistan yang akan diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 4 Februari 2025 dan kerjasama yang boleh diterokai antara kedua-dua negara dalam bidang pendidikan tinggi.

Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBhg. Datin Noorazah Omar dan Pengarah Akademik dan Antarabangsa UPSI, YBrs. Prof. Madya Dr. Ridzwan Che Rus. 

  • Last updated on .
  • Hits: 158
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Sunday 16 February 2025, 13:00:25.

sirim-logo