Malaysia Dan Indonesia Jalin Kerjasama Memperkasa Pendidikan Tinggi

Malaysia Dan Indonesia Jalin Kerjasama Memperkasa Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Indonesia ke Malaysia, TYT Bapak Hermono dan YTH Bapak Dr Zulkieflimansyah, Gubenur Nusantara Tenggara Barat Indonesia.

Antara intipati perjumpaan tersebut adalah membincangkan hala tuju program promosi pertukaran dan mobiliti pelajar Indonesia-Malaysia, Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pendidikan tinggi, pengurusan visa pelajar dan jalinan kolaborasi dengan Universiti Teknikal di Malaysia dalam kepakaran bidang TVET.

Menyedari kehendak pemain industri dunia yang mahukan siswazah berkemahiran TVET, kerajaan Nusantara Tenggara Barat Indonesia mempergiatkan usaha menawarkan pembiayaan kepada pelajar-pelajar di wilayah tersebut untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti Malaysia.

Turut hadir dipihak KPT dalam sesi tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Prof. Dr. Norzaini Azman; dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBhg. Datin Noorazah Omar.

  • Last updated on .
  • Hits: 1547
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.