Majlis Perasmian Pertandingan Mission Slim-Possible MoHE 2022

English translation not available for this content.

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Pengajian Tinggi hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pertandingan Mission Slim-Possible MoHE 2022 yang telah diadakan di Dewan Za’ba Kementerian Pengajian Tinggi.

Program ini merupakan usahasama daripada Kelab Sukan & Kebajikan KPT dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM. Antara pengisian program ialah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, sesi konsultansi bersama Doktor HUKM secara percuma, senamrobik, ceramah kesihatan, teknik pemakanan yang betul dan senaman berkumpulan.

Seramai 259 warga KPT telah mendaftar bagi mengikuti program pertandingan Mission Slim-Possible MoHE 2022. Kriteria Pertandingan adalah selama 2 bulan bermula pada 27 Januari 2022 sehingga 26 Mac 2022. Manakala hadiah bagi peserta yang berjaya menurunkan berat badan yang tertinggi akan memenangi hadiah utama RM1000 tunai, RM600 tunai di tempat kedua dan RM400 tunai di tempat ketiga.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah, YBrs. En. Mansor Ibrahim, Timb. Presiden Kelab Sukan & Kebajikan KPT, YBhg. Dato’Prof Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Tuanku Muhriz UKM, YBrs. En. Mursidi Ahamad, Timb. Pendaftar Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM dan YBrs. Prof Madya Dr. Noor Azimah Muhammad, Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.

  • Last updated on .
  • Hits: 4534
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 18 June 2024, 16:17:02.