Majlis Peluncuran AI Usaha Tingkatkan Pemahaman Dan Kesedaran Rakyat

Majlis Peluncuran AI Usaha Tingkatkan Pemahaman Dan Kesedaran Rakyat
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menghadiri Majlis Peluncuran Artifical Intelligence (AI) Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.

'Program Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat adalah program pembelajaran kendiri dalam talian, direka untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap AI. Ia mudah diakses dan menarik untuk rakyat dari pelbagai kumpulan umur, latar belakang, dan lokasi geografi di seluruh Malaysia.

YAB Perdana Menteri dalam ucapannya menegaskan supaya para pelajar khususnya di peringkat pendidikan tinggi dapat menyertai program itu yang bertujuan meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap AI.

YAB Perdana Menteri juga turut melancarkan Portal Pembelajaran Kendiri di bawah Kementerian Ekonomi dengan kerjasama pihak Intel. Portal yang boleh diakses mulai malam ini melalui dua struktur program iaitu Ai Aware dan Ai Appreciate menyediakan program dan soal selidik boleh diselesaikan mengikut kadar kemampuan sendiri serta mampu diselesaikan dalam tempoh empat jam untuk dua modul manakala setiap modul yang berjaya diselesaikan boleh memuat turun lencana digital.

Beliau juga sempat melawat reruai pameran pelbagai agensi yang disediakan oleh pihak penganjur.

Hadir sama Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1548
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 02:51:53.