Majlis Pelancaran Kejohanan Pra-U Cup telah disempurnakan oleh TKSU (Dasar) KPT

English translation not available for this content.

Majlis Pelancaran Kejohanan Pra-U Cup telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi pagi tadi.

Kejohanan yang bakal berlangsung pada 20 hingga 27 November 2021 di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Pahang bertujuan untuk mengumpul para pemain terbaik Akademi Bola Sepak di Malaysia memperagakan bakat mereka serta menjadi platform pemilihan pemain untuk menggunakan laluan khas atlet bagi kemasukan ke IPT pada tahun 2022.

Pada majlis tersebut, YBrs. Dr. Mohd Zabri turut menyempurnakan perasmian Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA) yang ditubuhkan bagi memulakan langkah progresif program transformasi bola sepak IPT bagi memantapkan tadbir urus yang lebih berstruktur dan berdaya saing sehingga diterima sebagai Ahli Gabungan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, CEO PTPTN, YBhg Dato' Shaharuddin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPT, YBrs. Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan KPT, dan YBrs. Encik Mansor Ibrahim @ Abd. Hamid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia serta para jemputan yang lain.

  • Last updated on .
  • Hits: 8938
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.