Majlis Pelancaran 'Digital Skills TVET'

Majlis Pelancaran 'Digital Skills TVET'
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah merasmikan majlis Pelancaran 'Digital Skills TVET' di sini semalam.

Universiti UCSI merupakan universiti swasta pertama yang melancarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.

YB Menteri dalam ucapannya berkata transformasi digital adalah sangat penting dan sehubungan itu, TVET juga perlulah diperkukuhkan dengan menyediakan pengajaran dalam teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI).

Tambahnya, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengucapkan tahniah kepada Universiti UCSI yang telah mengambil inisiatif ini kerana membuka peluang kepada generasi muda dalam usaha memenuhi keperluan industri. Pihak KPT juga berharap dapat bekerjasama dengan mana-mana institusi lain dalam inisiatif yang sama pada masa akan datang.

Dalam majlis sama, satu sesi dialog turut diadakan bersama tetamu yang hadir dengan Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin selaku moderator.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT yang turut menjalankan fungsi Ketua Setiausaha KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; YAM Tunku Zain Al-'Abidin Ibni Tuanku Muhriz; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Dr. Azlinda Azman; dan Profesor Adjung, Universiti UCSI, Khairy Jamaluddin. 

  • Last updated on .
  • Hits: 959
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.