Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Di Antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Dengan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Dan Institusi Pondok
English translation not available for this content.
YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pondok di BoraOmbak Marina Putrajaya hari ini. MoU ini melibatkan para akademik dalam pelbagai disiplin ilmu, tokoh ulama/sheikh institusi pondok dan mahasiswa bagi menjalin kerjasama serta memperkasa dan mempelbagaikan kegiatan dakwah dalam aktiviti penyelidikan, penerbitan, media, kepimpinan mahasiswa, khidmat masyarakat, latihan dan pembangunan bakat yang dilaksanakan secara berhikmah dan konsisten.
- Last updated on .
- Hits: 3844