Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 Kementerian Pendidikan Tinggi

Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 Kementerian Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melaksanakan Majlis Libat Libat Urus Belanjawan 2024 bersama-sama pemegang taruh pada 17 Ogos 2023 (Khamis), bertempat di Dewan Za'ba, KPT.

Seramai 250 orang pemegang taruh KPT yang terdiri daripada wakil Kementerian, Jabatan, Agensi, Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, serta Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan wakil kumpulan inklusif telah turut serta dalam majlis ini bagi memberikan input serta cadangan berhubung dengan Belanjawan 2024.

Majlis ini turut menyahut seruan YAB Perdana Menteri agar penyediaan Belanjawan 2024 yang berpaksikan kerangka Ekonomi MADANI, adalah menyeluruh dan merupakan cerminan denyut nadi dan aspirasi semua pemegang taruh KPT.

Dalam sesi dialog yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, sebanyak 63 cadangan baharu Belanjawan 2024 berkaitan pendidikan tinggi telah diterima daripada pemegang taruh meliputi isu-isu berkaitan kebolehpasaran graduan, pendigitalan pendidikan tinggi, pemerkasaan institusi, penyelenggaraan bangunan dan aset serta kemudahan fasiliti untuk golongan inklusif. Cadangan-cadangan ini seterusnya akan diperhalusi dan diangkat kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan Belanjawan 2024.

  • Last updated on .
  • Hits: 2171
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.