Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi, Hargai Jasa Pegawai Bersara

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi, Hargai Jasa Pegawai Bersara
English translation not available for this content.

KPT telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi bagi meraikan persaraan enam orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi, di sini hari ini.

Pegawai-pegawai yang diraikan adalah YBhg Dato’ Prof Dr. Husaini Omar, Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBrs Encik Roslee Yahya, Mantan Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK); dan YBrs Ts Noor Aidi Nadzri, Mantan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan.

Turut diberi penghargaan YBrs Puan Rokiah Saad, Mantan Ketua Unit Audit Dalam KPT; YBrs Puan Norisma Mohd Ismail, Mantan SUB Bahagian Pengurusan Strategik KPT dan YBrs Puan Shahah Ahmad, Mantan SUB Bahagian Pengurusan Maklumat KPT.

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan Pengurusan Tertinggi KPT.

Dalam ucapannya YB Timbalan Menteri berkata, pegawai-pegawai yang diraikan pada majlis tersebut merupakan insan-insan yang telah menyumbangkan jasa dan bakti yang bernilai kepada dunia pendidikan tinggi negara.

“Mereka memiliki kelebihan yang pelbagai yang merupakan pelengkap dalam pasukan kepimpinan di KPT.

“Bagi pihak KPT, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih, semoga memori berkhidmat di Kementerian ini kekal menjadi kenangan yang terindah sepanjang hayat,” katanya.

Selamat bersara buat semua, segala jasa dan bakti akan terpahat kukuh dalam lipatan sejarah KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 3617
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 29 May 2024, 21:46:47.