Majlis Anugerah Pembangunan Negara (APN) Tahun 2023

Majlis Anugerah Pembangunan Negara (APN) Tahun 2023
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berjaya meraih dua kategori anugerah di majlis Anugerah Pembangunan Negara (APN) Tahun 2023.

Tempat pertama diraih bagi Anugerah Prestasi Pembangunan Terbaik (Peruntukan di atas RM1 bilion) manakala tempat ketiga bagi Anugerah Pengurusan IBS Terbaik (di atas RM1 bilion bagi projek Kerajaan).

Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2023 ini julung kali diadakan untuk mengiktiraf inisiatif dan komitmen kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program/projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, hadir menerima dua Anugerah dimenangi yang disampaikan oleh Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz.

Anugerah ini merupakan platform yang tepat bagi menyebarluaskan kejayaan dan amalan baik pengurusan program/projek kerajaan.

ICU JPM telah mengambil inisiatif untuk mengiktiraf kementerian yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam mendukung agenda pembangunan negara.

Selain itu, APN juga menyasarkan amalan pengurusan terbaik (good governance) program/projek pembangunan yang menepati kehendak pemegang taruh dan pada masa yang sama kesan berganda yang terhasil daripada sesuatu program/projek pembangunan dapat dinikmati oleh rakyat.

Dalam pada itu, APN tahun ini menyaksikan empat (4) kategori utama iaitu Anugerah Prestasi Pembangunan Terbaik, Anugerah Kementerian Terbaik Dalam Pengurusan Pematuhan IBS Bagi Projek Kerajaan, Anugerah Penilaian Outcome dan Anugerah Ikon MyProjek.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga KPT yang sentiasa komited dalam memastikan prestasi perbelanjaan dan tatakelola program/projek pembangunan ditadbirurus dengan baik selaras dengan hasrat kerajaan merealisasikan Malaysia MADANI bagi kemajuan negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 2016
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 14:20:10.

sirim-logo