Mahasiswa UiTM Sambut Kunjungan YAB Perdana Menteri

Mahasiswa UiTM Sambut Kunjungan YAB Perdana Menteri
English translation not available for this content.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengiringi YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang hadir membuat lawatan rasmi ke UiTM Shah Alam pagi tadi.

Ketibaan beliau telah dialu-alukan oleh barisan pengurusan tertinggi UiTM bersama-sama 241 orang anggota Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia.

Selain mendengar pembentangan daripada YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, YAB Perdana Menteri telah turut menyertai sesi dialog bersama para mahasiswa.

Dalam wacana tersebut, YAB Perdana Menteri telah membuka ruang kepada mahasiswa untuk melontarkan pelbagai pandangan, cadangan dan keluhan berkisar kehidupan sebagai seorang pelajar.

Usai dialog, beliau terus ke Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM bagi menunaikan solat fardhu Jumaat dan solat sunat hajat secara berjemaah bersama warga universiti tersebut.

Hadir sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT; dan YBhg. Datuk Prof. Emeritus Dr. Raduan Che Rose, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).

  • Last updated on .
  • Hits: 2378
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 02:51:53.