Lensa Jom Masuk U 2023 Zon Sarawak I

Lensa Jom Masuk U 2023 Zon Sarawak
English translation not available for this content.

Sebentar tadi juga telah berlangsungnya majlis perasmian Jom Masuk U 2023 bagi Zon Sarawak yang disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YBrs Puan Anielia anak Siam bertempat di ruang legar Times Square Megamall, Bintulu.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan & Antarabangsa) Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, YBrs. En. Ahmad Rizal Adnan; Pengarah UPM Kampus Bintulu Sarawak, YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini; dan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, YBrs. Encik Samri Suhaili .

Sebanyak 63 buah reruai pameran yang memaparkan pelbagai program pengajian dan maklumat ke menara gading telah dikunjungi oleh para pengunjung yang hadir terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, lepasan SPM/STPM, serta orang ramai dari sekitar kawasan Bintulu, Tatau, Sebauh, Belaga, Mukah, Niah, Sg. Asap, Miri, Selangau dan Sibu.

Kepada urang Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk temui kami di sini esok (Ahad, 21 Mei 2023) dari jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang untuk mendapatkan maklumat serta panduan kemasukan ke IPT awam dan swasta.

Jom Masuk U 2023!!!

  • Last updated on .
  • Hits: 2853
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.