Lebih 800 Peluang Pekerjaan Ditawar Di MyCareer@MOHE 2022 Zon Timur

Lebih 800 Peluang Pekerjaan Ditawar Di MyCareer@MOHE 2022 Zon Timur
English translation not available for this content.

Kepada graduan-graduan di sekitar pantai timur, Jom ramai-ramai datang ke Karnival Kerjaya MyCareer@MOHE 2022 Zon Timur yang diadakan di Dewan Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota pada 14 dan 15 November 2022. Lebih 800 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan dari 18 syarikat di seluruh Malaysia pada penganjuran karnival kali ini.

YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT turut berkesempatan untuk melawat dan sekaligus merasmikan penganjuran karnival ini sebentar tadi. Pelbagai aktiviti menarik diadakan, antaranya sesi Industry Talk bersama Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKM) serta slot penyediaan Resume dan Grooming khusus sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Penganjuran karnival kerjaya yang berlangsung selama dua hari ini diharap dapat dijadikan sebagai platform untuk membantu graduan mendapatkan informasi mengenai peluang pekerjaan dan latihan kemahiran yang ditawarkan dalam pasaran pekerjaan.

  • Last updated on .
  • Hits: 2476
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.