Lawatan Rasmi YBM ke Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan rasmi ke Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra hari ini.

Sempena lawatan ini YB Menteri berpeluang beramah mesra bersama-sama pelajar yang telah kembali semula ke kampus dan meninjau sendiri prosedur kemasukan pelajar di UniMAP.

Proses kemasukan pelajar ke kampus di UNIMAP ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa 1 seramai 2,698, bermula 15 hingga 17 Oktober, fasa 2 seramai 6,453 pelajar bermula 22 hingga 24 Oktober dan fasa 3 seramai 500 orang pada 29 hingga 31 Oktober.

YB Menteri turut melancarkan Galeri 1001 Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra. Galeri ini menempatkan koleksi penyelidikan, peristiwa dan tokoh universiti serta maklumat berkenaan Negeri Perlis kepada warga UniMAP dan komuniti setempat.

Turut hadir YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBrs. Lt. Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP.

  • Last updated on .
  • Hits: 6919
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.