Lawatan Rasmi YB Menteri Pengajian Tinggi ke UMS Sandakan
22 Januari 2022
Lawatan Rasmi YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi ke Sandakan pada hari ini disusuli dengan taklimat pengoperasian UMS Sandakan oleh Prof. Madya Dr. Azwan Awang, Dekan Fakulti Pertanian Lestari (FPL).
FPL ditubuhkan secara rasmi pada 4 Mei 2006 dan mula beroperasi di Sandakan sejak Ogos 2011. Penubuhannya adalah bertujuan untuk menjadi sebuah pusat pengajian ilmu pertanian terkemuka di rantau ini yang menekankan kepada prinsip kelestarian, kepekaan, dan teknologi tinggi.
Pada sesi taklimat itu, YB Menteri turut menyempurnakan majlis perasmian pelaksanaan projek masjid UMS Sandakan dengan upacara simbolik penyerahan benih anak pokok kelapa pandan kepada Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, Pengerusi Lembaga Pengarah UMS.
YB Menteri turut dibawa melawat tapak dewan kuliah yang akan dibina bagi menampung ruang pengajaran dan pembelajaran dan jumlah pelajar yang meningkat setiap tahun.
- Last updated on .
- Hits: 6157