Lawatan KSU KPT ke Kolej Komuniti Bandar Darul Aman

10 Februari 2026 | Jitra, Kedah
Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim pada hari ini telah mengadakan lawatan ke Kolej Komuniti Bandar Darul Aman (KK BDA), Jitra, Kedah. Ketibaan YBhg. Datuk Dr. KSU telah disambut oleh Puan Salmiyah Che Ahmad, Pengarah KK BDA, bersama barisan kakitangan kolej.
Dalam lawatan tersebut, YBhg. Datuk Dr. KSU telah merasmikan logo Sambutan Jubli Perak KKBDA sempena 25 tahun penubuhannya, di samping beramah mesra bersama warga kerja Kolej.
Tahniah diucapkan kepada KKBDA atas pencapaian ini dan didoakan agar institusi ini terus teguh serta cemerlang dalam melahirkan generasi pelapis negara melalui pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).
- Last updated on .
- Hits: 33
