Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Tinggi Pacu Penambahbaikan Fasiliti UIAM Kuantan

Lawatan Kerja Menteri Pendidikan Tinggi Pacu Penambahbaikan Fasiliti UIAM Kuantan
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir meneruskan lawatan kerjanya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan dan Hospital Pengajar UIAM (HPUIA)/ Sultan Ahmad Shah Medical Centre (SASMEC) bagi meninjau keadaan fasiliti dan keperluan pembangunan semasa di institusi tersebut.

Semasa lawatan berkenaan, beliau dimaklumkan bahawa keadaan Kompleks Sukan UIAM Kampus Kuantan kini berada dalam keadaan usang dan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar serta warga kampus.

Lawatan ke SASMEC pula mendapati terdapat keperluan segera untuk menggantikan perabot sedia ada di beberapa unit hospital bagi memastikan operasi dan penyampaian perkhidmatan kesihatan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan selesa.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama pihak UIAM untuk menyegerakan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf dan pembaikan di Kompleks Sukan UIAM Kampus Kuantan agar kemudahan sukan dapat digunakan secara optimum oleh pelajar dan warga universiti. Kerja naik taraf dan baikpulih fasiliti stadium tersebut perlu dilaksanakan sebagai persediaan UIAM menjadi tuan rumah temasya Sukan Staf Universiti-Universiti Malaysia (SUKUM 2028).

Selain itu, pihak universiti juga diminta untuk mempercepatkan proses perolehan perabot bagi kegunaan pengoperasian di IIUM Sports Medicine Clinic (ISMEC) bagi memastikan tahap kesediaan fasiliti hospital sentiasa berada pada tahap terbaik.

Bagi menyokong usaha tersebut, beliau turut bersetuju bagi meluluskan peruntukan tambahan di bawah projek usang untuk pelaksanaan kerja-kerja naik taraf dan pembaikan sembilan gelanggang luar di Kompleks Sukan UIAM Kampus Kuantan.

Peruntukan tambahan tersebut turut merangkumi perolehan perabot baharu bagi menggantikan perabot usang di ISMEC untuk memastikan kemudahan perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa dan efisien kepada pengguna dan pesakit yang datang untuk menerima rawatan.

Beliau harap agar inisiatif ini dapat meningkatkan kesejahteraan pelajar dan warga kampus serta menyokong usaha melahirkan graduan yang sihat, holistik dan kompeten selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Dr. Fary Akmal Osman. 

  • Last updated on .
  • Hits: 46
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 09 March 2026, 04:59:26.

sirim-logo