Kunjungan Hormat USIM: Menelusuri Keutamaan Strategik Universiti

Kunjungan Hormat USIM: Menelusuri Keutamaan Strategik Universiti
English translation not available for this content.

9 Julai 2026 I Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani bersama delegasi hari ini di KPT.

Pertemuan tersebut menjadi wadah bagi pihak USIM memperkenalkan latar belakang universiti serta berkongsi perkembangan semasa institusi, termasuk aspek pentadbiran kewangan dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang sedang dirancang serta dilaksanakan bagi memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi negara.

Perbincangan turut tertumpu kepada keutamaan strategik universiti dalam memastikan tadbir urus yang cekap, pengurusan kewangan yang berhemah serta pelaksanaan pembangunan kampus yang berdaya maju demi menyokong kecemerlangan akademik, penyelidikan dan kesejahteraan warga universiti.

KPT menyambut baik komitmen USIM dalam memperkasa agenda pembangunan institusi melalui pengurusan yang strategik dan tadbir urus yang berkesan. Pertemuan ini diharapkan dapat menyokong usaha universiti dalam melaksanakan pelan pembangunan yang lebih tersusun, berdaya saing serta terus menyumbang kepada kemajuan sektor pendidikan tinggi negara.

ery}

  • Last updated on .
  • Hits: 69
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 10 July 2026, 10:17:09.

sirim-logo