KUNJUNGAN HORMAT NAIB CANSELOR UTHM KEPADA KSU KPT

KUNJUNGAN HORMAT NAIB CANSELOR UTHM KEPADA KSU KPT
English translation not available for this content.

3 Jun 2026 | Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, YBrs. Prof. Ts. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali pada petang ini.

Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan perkembangan semasa universiti, termasuk status pelaksanaan serta kemajuan projek-projek pembangunan UTHM yang sedang dirancang dan dilaksanakan.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq; serta Pendaftar, Tuan Haji Naim Maslan.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dan UTHM dalam memperkukuh kerjasama strategik bagi memastikan agenda pembangunan pendidikan tinggi negara terus diperkasa demi manfaat mahasiswa, masyarakat dan negara. 

  • Last updated on .
  • Hits: 67
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 10 June 2026, 07:46:50.

sirim-logo