Kunjungan Hormat Delegasi Kementerian Pengajian Tinggi kepada YAB Menteri Besar Johor

English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Datuk Ir. Haji Hasni Haji Mohammad, Menteri Besar Johor. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerajaan negeri melalui inisiatif PENJANA KPT-CAP@State. Inisiatif bertujuan untuk memberi peluang kepada mahasiswa serta graduan dalam meningkatkan kemahiran dan mendapat penempatan pekerjaan atau pembiayaan kewangan perniagaan setelah tamat pengajian. Dibawah inisiatif PENJANA KPT-CAP@STATE ini terdapat dua program iaitu:

  1. JOBs@State Program ini mencadangkan penglibatan sebanyak 300 tawaran pekerjaan bagi setiap negeri di mana-mana syarikat bawah kerajaan negeri. Program dijangka akan memberi faedah kepada 300 graduan. Gaji adalah mengikut tahap kelayakan pendidikan iaitu minimum RM1,700 untuk graduan diploma dan RM2,300 untuk graduan Ijazah Sarjana Muda. Tempoh minimum kontrak adalah selama 12 bulan.
  2. GRADpreneur@State Program ini merupakan program keusahawanan dengan penyaluran dana yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dalam usaha untuk membantu graduan memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Program ini akan dibuka sebanyak 200 tempat di setiap negeri dan dijangka akan memberi faedah kepada 200 graduan dengan melibatkan pembiayaan pinjaman sebanyak RM1Juta. Turut serta Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof. Dato' Seri Dr. Mohamed Mustafa Bin Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dato' Dr. Husaini Bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Memangku Jawatan Naib Canselor UTM.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
  • Last updated on .
  • Hits: 7286
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 08 December 2023, 17:12:30.