Ksu menerima kunjungan hormat dari Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT menerima kunjungan hormat dari delegasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Mohd Ekhwan Hj. Tariman Naib Canselor UKM di pejabatnya petang tadi.

Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT serta ahli-ahli delegasi dari UKM YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd. Nordin, YBhg. Prof. Dato' Dr. Wan Kamal Mujani, YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadak dan Encik Mohd Azli Mohd Kasirun.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak telah menerima taklimat ringkas berkenaan hala tuju dan perancangan UKM untuk tahun 2022.

  • Last updated on .
  • Hits: 5880
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 July 2024, 04:35:17.

sirim-logo