KSU, Sasterawan Negara Serikan Majlis Puisi Lestari Alam UniMAP

KSU, Sasterawan Negara Serikan Majlis Puisi Lestari Alam UniMAP
English translation not available for this content.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KSU KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menyempurnakan Majlis Puisi Lestari Alam : Kelestarian Sungai dan Alam Sekitar anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini malam tadi.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan UniMAP itu turut mendeklamasikan beberapa buah puisi hasil nukilannya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran jemputan istimewa iaitu Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Hadir sama membacakan puisi masing-masing, Naib Canselor UniMAP, Prof Dato’ Dr Zaliman Sauli; Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan (Wakil Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka), Puan Roziah Md Yunus; serta Presiden Persatuan Penulis Nasional (PENA), Dr. Saleeh Rahamad dan wakil-wakil Institusi-institusi Pendidikan Tinggi (IPT). 

{gallery}hebahan/sorotan_aktiviti/2024/05/2024-05-05-KSU-UniMAP/gallery}
  • Last updated on .
  • Hits: 409
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.