KSU menerima kunjungan hormat daripada delegasi UiTM yang diketuai oleh Naib Canselor UiTM
16 Februari 2022
YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi UiTM yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM di pejabat beliau di KPT.
Dalam pertemuan tersebut, Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah memberikan penerangan mengenai hala tuju UiTM pada 2022 dan persiapan UiTM dalam menerima kemasukan pelajar.
Seramai 170,000 penuntut UiTM dijadualkan kembali ke kampus universiti itu mulai 27 Mac depan. Kemasukan sesi pengajian semester II 2021/2022 itu akan bermula di Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu, manakala 28 Mac bagi negeri lain.
Prof. Ts. Dr. Hajah Roziah berkata semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melibatkan pelajar di kampus akan sentiasa dipantau bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Turut hadir ialah Prof Dr Mohd Sazili Shahibi, TNC HEP UiTM, Prof Dr Mohamad Hariri Abdullah, TNC Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni UiTM, Prof Ts Dr Norazah Abd Rahman, TNC Penyelidikan dan Inovasi UiTM, Tuan Haji Mazlan Hashim, Bendahari UiTM, Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM dan Prof. Madya Dr Roslani Embi, Ketua Eksekutif Malaysia Institute for Supply Chain Innovation.
- Last updated on .
- Hits: 11431