KSU Menerima Kunjungan Hormat daripada Delegasi Huawei Technologies (Malaysia)

English translation not available for this content.

Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Huawei Technologies (Malaysia) yang diketuai oleh Puan Rita Irina Wahab, Naib Presiden Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Huawei Malaysia di pejabatnya hari ini.

Sesi kunjung hormat ini bertujuan memberikan penghargaan atas sokongan KPT terhadap usahasama dengan Huawei dalam pelaksanaan program-program kementerian menerusi penglibatan pihak swasta.

Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Puan Yusliza Mohd Yusof, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan dua orang lagi wakil Huawei Technologies (Malaysia) iaitu Puan Sonia Ramachandran, Pengurus Media Hal Ehwal Awam dan Komunikasi serta Puan Sharifah Diana, Pengurus Kanan Hal Ehwal Kerajaan.

  • Last updated on .
  • Hits: 6139
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.