KSU Luang Masa Temui Para Pegawai Tadbir Dan Diplomatik KPT Lantikan 2022

KSU Luang Masa Temui Para Pegawai Tadbir Dan Diplomatik KPT Lantikan 2022
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha telah meluangkan masa untuk bertemu dengan para Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 lantikan tahun 2022 yang melaporkan diri ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di pejabatnya pagi tadi.

Kesemua tujuh pegawai tersebut yang telah selesai menjalani program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN Tahun 2022 akan ditempatkan di KPT berkuat kuasa hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, YBhg. Dato' Seri KSU telah merakamkan ucapan tahniah serta berpesan agar mereka dapat menyesuaikan diri dan terus mencurahkan khidmat bakti bagi menyumbang idea yang bernas dalam membantu Kementerian memberikan perkhidmatan yang terbaik, berkualiti dan berintegriti.

Beliau turut berharap agar para pegawai baharu tersebut akan sentiasa melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta dapat mematuhi etika seorang penjawat awam pada sepanjang masa.

Turut sama YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Encik Mansor Ibrahim @ Abd. Hamid, SUB Bahagian Sumber Manusia KPT dan Puan Noorul Akmam Sumiran, KPSUK Bahagian Sumber Manusia KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 4267
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 29 May 2024, 21:46:47.