KSU KPT Lawat Institusi TVET di Rusia, Teroka Peluang Kerjasama Strategik

KSU KPT Lawat Institusi TVET di Rusia, Teroka Peluang Kerjasama Strategik
English translation not available for this content.

1 Mei 2026 | Tomsk, Rusia

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Dr. Anesee Ibrahim bersama delegasi meneruskan siri program dalam rangka lawatan rasmi ke Rusia dengan melawat National Research Tomsk Polytechnic University (TPU), Rusia.

Lawatan ke institusi TVET ini bagi memahami ekosistem akademik dan penyelidikan, selain meneroka peluang kerjasama strategik antara institusi pendidikan tinggi Malaysia dan universiti berkenaan.

TPU merupakan salah sebuah universiti teknikal tertua dan berprestij di negara itu yang diasaskan pada tahun 1896. Sebagai universiti teknikal pertama di wilayah Asia Rusia, institusi berkenaan diiktiraf sebagai antara peneraju dalam bidang kejuruteraan dengan rekod cemerlang dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Lawatan tersebut turut membuka ruang perbincangan ke arah kerjasama strategik yang lebih meluas antara kedua-dua pihak.

Antara skop kerjasama yang dibincangkan termasuk program pertukaran pelajar dan staf akademik, pelaksanaan penyelidikan bersama, inovasi teknologi serta pembangunan program akademik yang berupaya memperkukuh jaringan antarabangsa kedua-dua pihak.

Usaha ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kolaborasi akademik yang lebih mampan, sekali gus meningkatkan kecemerlangan pendidikan tinggi di peringkat global. 

  • Last updated on .
  • Hits: 22
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 04 May 2026, 09:34:38.

sirim-logo