KSU Kongsi Kepakaran Berkaitan Perubahan Iklim Di Forum Anjuran HBSACM

KSU Kongsi Kepakaran Berkaitan Perubahan Iklim Di Forum Anjuran HBSACM
English translation not available for this content.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah berkongsikan kepakaran beliau berkaitan isu alam sekitar dan perubahan iklim di sesi forum sempena program 19th Senior Management Development Program anjuran Harvard Business School Alumni Club of Malaysia (HBSACM).

Beliau yang merupakan Presiden HBSACM itu dikenali sebagai ‘water icon’ - pakar dalam bidang rawatan air dan sisa serta merupakan figura penting dalam usaha pemulihan sungai dan konservasi air negara.

Dalam sesi perkongsiannya, KSU turut menyentuh isu berkaitan perubahan iklim yang melanda pada ketika ini, kesan pelepasan karbon dan gas rumah hijau akibat aktiviti manusia.

Mengulas lanjut tambah KSU, semua pihak seharusnya membuka mata terhadap kesan perubahan iklim yang melanda dunia kerana impaknya boleh mengundang kemudaratan kepada alam dan manusia seperti banjir, peningkatan suhu dan isu lain seperti kesihatan malah ekonomi.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 18-20 September ini berlangsung di Bangi, Selangor melibatkan puluhan pegawai tertinggi kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), syarikat-syarikat korporat serta alumni HBSACM.

Program turut diserikan dengan kehadiran ahli akademik terkenal dari Harvard Business School, Profesor Richard Vietor yang merupakan pakar terkemuka dalam bidang perniagaan antarabangsa, strategi, dan pembangunan ekonomi.

Pengalaman kerjaya cemerlang beliau melebihi tiga dekad, telah memberikan sumbangan besar dalam memahami amalan perniagaan global dan implikasinya terhadap pengurusan strategi. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1166
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 13 February 2025, 07:17:37.

sirim-logo