KSU Buat Lawatan Kerja Ke UniMAP

KSU Buat Lawatan Kerja Ke UniMAP
English translation not available for this content.

Selepas UUM, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KSU KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang meneruskan lawatan kerjanya pagi tadi ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pula.

Di sana, beliau telah disambut oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli bersama barisan pengurusan tertinggi universiti yang lain.

YBhg. Dato' Seri KSU KPT yang diiringi oleh Timbalan KSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, En. Mohamad Azhan Md. Amir telah diberi taklimat mengenai pencapaian serta hala tuju UniMAP.

Beliau seterusnya dibawa meninjau beberapa projek pembangunan di sekitar kampus Pauh Putra UniMAP antaranya pembinaan Bangunan Pusat Kesihatan, Pusat Islam dan Bangunan Fakulti Bahan dan Sistem Elektrik. 

  • Last updated on .
  • Hits: 462
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.