KPT Utamakan Impak Nyata Kepada Pelajar dan Masyarakat Dalam Setiap Pelaksanaan Program

KPT Utamakan Impak Nyata Kepada Pelajar dan Masyarakat Dalam Setiap Pelaksanaan Program
English translation not available for this content.

12 November 2026 | Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) komited memastikan kejayaan setiap program harus diukur berdasarkan impak sebenar (outcome) kepada pelajar dan masyarakat dan ia bukan lagi sekadar jumlah acara atau perbelanjaan (output).

Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim berkata, setiap ringgit dana awam mesti memberi manfaat langsung terhadap kebolehpasaran graduan, kualiti penyelidikan dan kemampanan institusi tanpa berselindung di sebalik statistik pencapaian semata-mata.

Berucap pada penutupan Program Pelaporan Analisis Tahunan Hala Tuju Pendidikan Tinggi 2026 di Dewan Za’ba hari ini, beliau menggariskan tiga amanat utama iaitu memastikan hanya hasil yang benar-benar bernilai diukur, memperkukuh akauntabiliti menerusi KPI Naib Canselor, serta memperkasa Pengarah Pusat Strategi Universiti Awam (UA) sebagai peneraju transformasi di kampus.

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan surat lantikan HEAD@IPT kepada Pengarah-Pengarah Pusat Strategi UA sebagai penghubung utama pelaksanaan dasar kementerian di peringkat universiti.

Segala dapatan program ini akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hala Tuju Pendidikan Tinggi pada 2 Disember depan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; serta Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah.

  • Last updated on .
  • Hits: 80
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 13 November 2026, 03:50:11.

sirim-logo