KPT–UPSI Teliti Agenda Strategik, Perkasa Tadbir Urus Universiti

KPT–UPSI Teliti Agenda Strategik, Perkasa Tadbir Urus Universiti
English translation not available for this content.

13 Ogos 2026 | Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Naib Canselor UPSI, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff di KPT hari ini.

Kunjungan hormat tersebut menjadi platform untuk membincangkan agenda strategik UPSI, khususnya berkaitan hala tuju dan pembangunan universiti serta perkara-perkara yang dapat menyokong pengukuhan peranan UPSI sebagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berteraskan pendidikan dan kecemerlangan akademik.

Perbincangan turut menyentuh isu berkaitan perjawatan dan tadbir urus di UPSI, termasuk keperluan dan cabaran semasa dalam pengurusan sumber manusia bagi memastikan kapasiti serta keupayaan universiti dapat diperkasa seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa.

KPT akan terus memberikan perhatian dan sokongan terhadap agenda strategik serta isu-isu berkaitan pengurusan universiti bagi memastikan IPT negara terus berdaya saing, berimpak dan responsif terhadap keperluan pendidikan tinggi negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 173
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 20 August 2026, 09:15:36.

sirim-logo