KPT UNGGUL DENGAN BERJAYA SEMPURNAKAN EMPAT PROJEK REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB)

KPT UNGGUL DENGAN BERJAYA SEMPURNAKAN EMPAT PROJEK REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB)
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus unggul dengan meraih empat (4) sijil penghargaan atas kejayaan melaksanakan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).

Sijil penghargaan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Putrajaya, petang semalam itu menyaksikan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) menerima tiga (3) manakala Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan satu.

Berikut merupakan kejayaan KPT dalam melaksanakan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB):

i. Mempercepat Kelulusan Pertukaran Premis (Pindah/ Tambah/ Ubah Suai) Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) daripada 98 hari kepada 58 hari - JPT;

ii. Mengurangkan Beban Kos Pematuhan Pertukaran Kursus/ Institusi dan Menyambung Pengajian Oleh Pemegang Pas Mobiliti - JPT;

iii. Meningkatkan Tempoh Sah Lesen Pengambilan Pelajar Antarabangsa Bagi IPTS - JPT;

iv. Mempercepat Proses Penilaian Akreditasi Program Open Distance Learning (ODL) daripada 9 Minggu ke 6 Minggu - MQA.

Inisiatif ini membuktikan komitmen KPT dalam mendukung agenda reformasi negara, yang bertujuan meningkatkan daya saing sektor infrastruktur serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Kesemua anugerah berkenaan disampaikan KSN kepada Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.  

  • Last updated on .
  • Hits: 269
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Sunday 16 February 2025, 13:00:25.

sirim-logo