KPT, UMPSA Bincang Hala Tuju Pendidikan Tinggi

1 September 2026 I Putrajaya
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, hari ini menerima kunjungan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, dan Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah binti Alias, bersama barisan pengurusan tertinggi UMPSA.
Kunjungan ini membuka ruang kepada pertukaran pandangan mengenai perkembangan semasa, keutamaan strategik serta langkah ke hadapan UMPSA dalam memperluas sumbangannya kepada landskap pendidikan tinggi negara.
Pertemuan turut memberi tumpuan kepada beberapa perkara berkaitan hala tuju dan pembangunan universiti, selaras dengan usaha memastikan institusi pendidikan tinggi terus responsif terhadap perubahan serta keperluan semasa.
- Last updated on .
- Hits: 184
