KPT Tinjau Projek Pembangunan UTHM bagi Jamin Kualiti Fasiliti PdP dan Keselamatan Pelajar

KPT Tinjau Projek Pembangunan UTHM bagi Jamin Kualiti Fasiliti PdP dan Keselamatan Pelajar
English translation not available for this content.

6 April 2026 | Batu Pahat, Johor

Keutamaan terhadap pelaksanaan projek pembangunan yang berkualiti tinggi terus menjadi teras Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memastikan ekosistem pendidikan tinggi negara kekal kondusif dan selamat.

Pendekatan pemantauan berstruktur dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan setiap projek di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) mematuhi piawaian serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Sehubungan itu, KPT telah mengadakan lawatan kerja verifikasi ke tapak projek pembangunan di kampus utama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini.

Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan.

Tumpuan utama lawatan adalah bagi menilai pelaksanaan projek Rolling Plan 1 (RP1) di bawah RMKe-13 yang sedang dilaksanakan di universiti berkenaan.

Pemantauan di tapak itu bertujuan memastikan setiap komponen projek dilaksanakan secara cekap, teratur dan menepati spesifikasi teknikal yang ditetapkan.

Selain itu, lawatan itu juga memberi penekanan terhadap keperluan memastikan fasiliti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang dibangunkan mampu menyokong keperluan akademik semasa.

Aspek keselamatan pelajar turut diberi perhatian utama bagi memastikan persekitaran kampus yang selamat dan kondusif.

KPT komited untuk terus memperkukuh mekanisme pemantauan dan pelaksanaan projek agar setiap pelaburan Kerajaan memberikan pulangan optimum kepada sektor pendidikan tinggi negara.

Turut hadir, Penolong Naib Canselor (Digital dan Infrastruktur), Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Irwan Juki; dan Timbalan Pengarah Pembangunan, Mohd Rosli Harun. 

  • Last updated on .
  • Hits: 138
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 09 April 2026, 08:49:04.

sirim-logo