KPT Terus Komited Memperkasa Usahawan Pelajar IPT Menerusi COMPETE@MOHE’22
Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis penutupan Program Competition For Potentially Excellent And Talented Entrepreneurs (COMPETE @MOHE’22) yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Norisma Mohd Ismail, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Program yang diilhamkan bagi memperkasakan keusahawanan dalam kalangan pelajar dan berkonsepkan kelestarian perniagaan demi menjadikan perniagaan sebagai kerjaya. Program yang dijalankan melalui penyelarasan bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan kolej Komuniti ini telah mensasarkan penglibatan semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) serta kolaborasi aktif bersama agensi luar antaranya TEKUN Nasional, SME Corp. Sdn. Bhd, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan pengamal industry seperti Holistic Lab Sdn. Bhd, A Plus DT Group Sdn. Bhd dan HA Southern Global Sdn. Bhd.
Sebanyak 5 kategori dipertandingkan, Siti Nurhidayah Amira hashim dari Kolej Komuniti Baling berjaya merangkul tiga anugerah pada COMPETE@MOHE’22 kali ini iaitu Icon Award, tempat pertama bagi Business Report Awards dan Tempat kedua bagi Business Growth Awards. Bagi kategori Sale Achievement award pula, tempat pertama dimenangi oleh Syed Muhammad Hafiz bin Seeni Mohd dari Universiti Malaysia Kelantan. Manakala tempat petama bagi Kategori Best Pitching Awards dimenangi oleh Nur Shafiqah Farahana binti Kalog dari Universiti Malaysia Sarawak. Kategori Business Growth Awards, tempat pertama dimenangi oleh Nur Lailatul Ain binti Baharuddin dari Kolej Komuniti Kuala Kangsar.
Turut hadir pada majlis ini YBhg. Prof. Ts. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim Naib Canselor UTHM, Encik Roslee Bin Yahya, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK, Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru dan Tuan Haji Ahirun bin Ruba’ain Ketua Bahagian Latihan TEKUN Nasional.
- Last updated on .
- Hits: 4222