KPT Tarik Pengunjung Ke Pameran Alam Dan Tamadun Melayu

KPT Tarik Pengunjung Ke Pameran Alam Dan Tamadun Melayu
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT hari ini telah meluangkan masa mengunjungi Pameran Alam dan Tamadun Melayu yang diadakan di Lobi KPT tengah hari tadi.

Pameran 3 hari bermula hari ini tersebut telah dianjurkan sempena Sambutan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi dan Penganugerahan Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2022 yang akan diadakan pada 9 Disember 2022 nanti.

Antaran pengisian pameran kali ini adalah persembahan dan demonstrasi kebudayaan yang dijayakan hasil kerjasama KPT bersama ATMA UKM, Muzium Warisan Melayu UKM, Muzium Etnografi Melayu UM serta Pusat Kebudayaan USIM.

Pameran ini diharap dapat memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat keindahan alam dan tamadun Melayu serta hasil usaha warga IPT dalam memastikan khazanah tersebut dapat terus dimartabatkan.

Turut mengiringi YBhg. Datin Noorazah Omar, SUB Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT, Dr. Wan Baharudin Wan Mahmood, SUB, Bahagian Dasar dan Penyelidikan KPT, dan Dr. Aini Andria Shirin Anuarudin, TSUB, Seksyen Parlimen dan Inovasi, Bahagian Perancangan Strategik KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 4116
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.