KPT Sedia RM150 Juta Untuk Program Penajaan Pendidikan Sepanjang Tahun 2022
Pada majlis pagi tadi, YB Menteri Pengajian Tinggi turut menyampaikan Surat Tawaran Program Penajaan KPT kepada para penerima yang layak bagi mereka meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi bagi mencapai cita-cita mereka.
Antara program penajaan yang diberikan pagi tadi ialah Skim Latihan Akademik Bumiputra (SALB), Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI), Sub-kepakaran, Pasca Kedoktoran, Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang mensasarkan kepada para pegawai yang sedang berkhidmat seperti tenaga pengajar di UA, politeknik, kolej komuniti serta para pegawai bukan akademik.
Bagi orang awam, YBM turut menyerahkan surat tawaran program penajaan seperti MyBrain Science (MyBrainSc), Biasiswa Atlet Cemerlang IPT, Tokoh Siswa dan Biasiswa Pelajar Cemerlang Politeknik kepada mereka yang cemerlang.
Selain itu, prihatin kepada usaha warga OKU dalam meneruskan pengajian mereka di IPT, KPT turut menawarkan Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU) dan Program Pendidikan Khas (PPK).
Tidak dilupakan kepada golongan B40, di mana mereka turut menerima bantuan seperti Bantuan Kewangan Asasi, Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) serta Program DermaSiswa B40 TVET kepada para pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang kemahiran dan TVET.
Untuk keseluruhan, KPT telah memperuntukkan sejumlah RM 150 juta bagi semua program penajaan sepanjang tahun 2022.
- Last updated on .
- Hits: 4988