KPT Sasar Lahirkan Tenaga Pengajar Keusahawanan Terbaik Melalui Program ProCEED

KPT Sasar Lahirkan Tenaga Pengajar Keusahawanan Terbaik Melalui Program ProCEED
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dalam merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melihat lebih ramai bakat usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan dapat dilahirkan dengan membangunkan beberapa garis panduan penting seperti Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi; Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021–2025; serta Garis Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu.

Melalui dokumen-dokumen tersebut, kepentingan untuk melatih tenaga pengajar keusahawanan sebagai mentor atau 'business coach' yang memiliki kepakaran dan reputasi telah diusulkan sebagai salah satu strategi utama menjayakan cita-cita negara sebagai Entrepreneurial Nation menjelang tahun 2030.

KPT dengan kerjasama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan program Proficiency Certificate For Entrepreneurship Educators (ProCEEd) sebagai usaha untuk meningkatkan kompetensi dan daya keusahawanan mentor keusahawanan IPT ini dalam meningkatkan keberkesanan pedagogi pengajaran dalam pembelajaran supaya lebih efektif.

Petang semalam telah berlangsungnya majlis penutup ProCEED yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, YBrs. Puan Fazidah Mustafa di Shah Alam yang telah turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UiTM, YBhg. Professor Ts. Dr. Norazah Abd. Rahman.

Tahun ini seramai 47 orang peserta daripada 25 buah IPT telah berjaya menamatkan latihan yang merangkumi tiga (3) fasa latihan iaitu Startup Equation; Education Hackathon; dan Demo Day yang mana kesemua fasa ini mengandungi 14 modul yang dapat memberikan pendedahan dan kemahiran untuk diaplikasikan kepada pelajar kelak.

Dalam ucapannya, beliau menyeru para peserta ProCEED turut memainkan peranan sebagai 'business coach' yang dapat membantu para pelajar menjadi seorang usahawan yang mampu mengabung jalin kepakaran, pengalaman, pengetahuan keusahawanan dan teknologi terkini selari dengan saranan YB Menteri Pendidikan Tinggi agar pelajar menceburkan diri dalam bidang-bidang berkaitan high art, high tech dan high touch dapat direalisasikan kelak.

  • Last updated on .
  • Hits: 4815
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 06 December 2024, 10:19:49.

sirim-logo