KPT Sambut Baik Kerjasama Antara Presidency For Turks Abroad And Related Communities (YTB) Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

KPT Sambut Baik Kerjasama Antara Presidency For Turks Abroad And Related Communities (YTB) Dalam Bidang Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menerima kunjungan hormat daripada Naib Presiden Presidency for Turks Abroad and Related Communities (YTB), Mr. Murat Kazanci dan Duta Besar Republik Turki ke Malaysia, TYT Emir Salim Yuksel pada tengah hari ini.

Antara topik yang dibincangkan adalah program biasiswa tajaan YTB seperti Turkish Language Program for Public Officials and Academicians (KATİP), program mobiliti pelajar dan ahli akademik, kerjasama dalam bidang Artificial Intelligence (AI) serta program pembangunan kepimpinan berstruktur melalui Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Kunjungan hormat ini turut disertai wakil pegawai daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Bahagian Biasiswa dan Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). 

  • Last updated on .
  • Hits: 235
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 07 February 2025, 10:01:10.

sirim-logo